| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan Anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka Dengan Kerjasama Pusat Perubatan Mahkota  Melaka (MMC) Dan Unit Tabung Darah Hospital Melaka

Pada 18 Januari 2017 Jam 9.00 pagi bertempat Penjara Dusun Dato? Murad Ayer Keroh Melaka telah berlangsung program derma darah dan pemeriksaan kesihatan anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Perubatan Mahkota Melaka (MMC) dan Unit tabung darah Hospital Melaka. Program tersebut telah dirasmikan oleh Penolong  Komisioner Penjara Nor Haizan bin Md Isa, Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad Ayer Keroh Melaka yang mewakili Pengarah Penjara Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh wakil Pusat Perubatan Mahkota Melaka (MMC) Cik Zuaiqha Al Juhari dan wakil unit tabung darah Hospital Melaka Dr. Neeroshini Soorianayanan.

Aturcara dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad Ayer Keroh Melaka dan seterusnya merasmikan program derma darah tersebut.  Program tersebut turut dihadiri Pengarah Muzium, Pengarah Pusat Koresional Jasin, Pengarah IKOM dan 100 kakitangan dan keluarga daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka, Institut Koreksional Tanjung Keling, Muzium dan Pusat Koreksional Jasin telah hadir ke program tersebut untuk saringan kesihatan dan menderma darah.

Program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran untuk kakitanagn mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga kesihatan dan membantu Pusat tabung darah memperolehi stok tabung darah untuk Hospital Melaka. Menderma darah juga merupakan sumbangan murni kepada golongan-golongan yang memerlukan di saat -saat kecemasan. Program tersebut berakhir jam 2.00 petang.


""